saya ialah seorang yg sangat fanatik dengan novel...
sekarang bagi sy penulis terbaik ialah HLOVATE...
bagi sy HLOVATE ialah seorang yg sgt hebat dr segi gaya penulisannya yg bersahaja..
malah novel2nya juga turut menyelitkan perihal agama
most of her/his novel mesti pasal agama..
budak2 moden tp yg x melupakan agama..
setelah sy baca novel HLOVATE,secara x lgsg sy turut dpt mengetahui lebih mendalam pasal agama..
sy mula mengenali HLOVATE melalui novel aA+bB dan TUNAS..
bagi sy kedua2 novel itu mmg terbaik..
disini sy akan selitkan semua novel HLOVATE...
Sinopsis
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun selepas itu...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?
Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz
I - Fend
Namanya
Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir
masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya
berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis
Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu
namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat
daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini
hilang makna.
Kisah
ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula
kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota
Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala
Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke
Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk
Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh
ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu
mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan
dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan
usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya
sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang
membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi, kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana malapetaka tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.
Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....
Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.
Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.
Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?
Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.
Mengisahkan Ju'a yang kehilangan kasih sayang seseorang yg asalnya bgitu asing bagi dirinya tapi kemudian orang itu (abg shah - abg tiri) menjadi seseorang yg significant dlm hidupnya, tapi pada hari dia menerima adik baru, abg shah pergi utk selama lamanya. Kehadiran EG mencuit hati Ju'a kerana sgt2 mengingatkan kepada abg shah. Dia jadi marah pada EG kerana seolah2 mengingatkan dia pd abg shah, dari schubert's serenade hinggalah ke romano sport dan RXZ membangkitkan kenangan dgn abg shah melalui EG.
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. “Tulip ada?” “Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....” “I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.
Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan